Friday, 15 August 2025


                 SAHABAT SELAMANYA......

Merekalah sahabat yang berkekalan hingga saat ini ....Masitah Moksin dan Siti Khalijah Rais.
Masitah kawan rapat ku semenjak dari Tingkatan 4 bila aku berpindah dari SMK Bagan Terap ke SMK Sg Besar kerana bertukar aliran Sains. 

Kami satu kelas 4 Sains 1 dan kebetulan dapat satu dorm di asrama...Dorm B1.Banyak kenangan suka duka bersamanya. Aku belajar jadi baik dan lembut serta banyak perangai aku yang berubah bila bersahabat dengan dia. Perangai aku yang agak kasar dan mudah marah bertukar jadi lembut bila bersama dengan Masitah yang agak alim berbanding aku....sampai sekarang dia rajin menziarahi aku....
Siti kami kenali bila kami sambung Tingkatan 6 disekolah yang sama . Dia dari SMK Munsyi Abdullah .Tetapi kami semua lain2 kelas ....tapi tetap satu Dorm yang sama.

Siti agak tomboy sikit dan paling aku tak boleh lupa kami tengok perlawanan bola sepak piala dunia di bilik prep asrama....tengah malam dengan izin warden....perkara yang aku tak akan buat sebab tak minat sukan ni....Baca surat khabar pun selak bahagian belakang dulu, ruangan sukan.Dia memang ada gaya atlet....aku jer yang lembik bahagian ni, waktu PJ mesti aku tuang kelas, alasan sakit.....memang betul..aku lari sikit macam nak cabut nyawaku...sampai sekarang....

Masitah dah bersara sekarang , dari Kementerian Pendidikan Bahagian Kewangan asalnya tukar ke bahagian APDM .Siti juga baru bersara tahun ni cukup umur 58 tahun .Aku masih meneruskan usaha mendidik dan mengajar , kerana aku pilih bersara 60 tahun. Walaupun asalnya nak isi borang bersara awal untuk jaga suami,tapi Allah lebih sayangkan dia.

Doa ku ...agar semua sahabat ku dikurniakan rahmat dan perlindungan Allah . Sihat tubuh badan dan bahagia disamping keluarga tercinta.







Hari ni 15 hb Ogos 2025 .....setahun sudah suamiku pergi meninggalkan aku dan anak-anak. Alhamdulillah sempat merasa kehadiran cucu kesayangan semua Fayyaz Dayyan ...semoga abang tenang di sana , tidak perlu menanggung kelelahan dan kesakitan lagi.

Syukur juga Allah masih pelihara dan merahmati kami yang tinggal. Namun kenangan kita bersama tak akan lupa dalam ingatan . Abang tetap dihati kami semua ....




                    GAMBAR KENANGAN SEWAKTU HARI RAYA AIDIL FITRI 2024.

Masa ni abang pun dah tak sihat , Keluar masuk hospital .boleh kata setiap bulan.Masuk darah kerana Hb terlalu rendah . Berat badan menurun kerana tidak selera makan . Jantung abang semakin lemah. 25% sahaja berfungsi , tetapi abang tetap boleh drive , ambik dan hantar Tie ke sekolah. Tiap minggu ajak ke Ipoh dengan alasan opah nak tengok cucu.....

Semua kenangan menyakitkan tetapi ia tetap dalam ingatan....Hidup harus diteruskan , ....Terima kasih kerana selama ini abanglah yang menguruskan hidup Tie....
 

Saturday, 11 April 2020

GAMBAR DI ATAS HANYA SEKADAR HIASAN ....
Hari ni Ahad 12 April 2020 . Setelah sekian kali....baru kali ini berkesempatan untuk mencatat kenangan di daerah sepi yg bersawang ini. maafkan aku... aku tak mampu untuk menangani semuanya....(ewah...mcm busy sangat )
Hari ni minggu terakhir fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan ( 1/4-14/4) dan fasa ketiga disambung 2 minggu lagi 14/4 - 28/4  .
Semua ini berlaku kerana Novel Corona Virus ...Covid 19.(Corona Virus Deasses 2019 )
Semoga hari demi hari wabak ini akan bertambah baik dan tidak berleluasa lagi . Lindungi kami dari wabak ini Ya Allah....lindungi kami....

Wednesday, 22 November 2017

Khamis pkl 2.17 pagi 23 hb November 2017 .
Waktu akhir2 nak penutup bulan , penutup tahun...lambakan kerja menjadikan diri ini tiada masa utk mengintai ke laman usang ini....hmmm baru post yang kedua utk tahun 2017 ini...
Banyak suka duka yang tak tercatat namun masih tersemat dalam ingatan ini....semoga aku ada masa lagi untuk melayari semua ini .
Doa dan harapan
.........semoga hari ini lebih baik dari semalam
dan semoga aku tabah menghadapi semua masalah dan onak ranjau yang mendatang ....

Friday, 27 October 2017

Salam tengah malam 28 Oktober 2017 (Sabtu 12.17 am )
CATATAN YANG TERLEWAT 

Terlalu lama rasanya masa untuk aku kembali bersemangat mencatat dan berinfo melalui blog yang dah bersawang ini.
Bukan merajuk bukan lupa..cuma masa yang tidak mengizinkan untuk aku menjengah sebentar di ruangan ini .Entah kenapa malam ni terdetik untuk mengintai sebentar..walhal jika diikutkan ada banyak lagi kerja yang perlu dibereskan...Semoga aku bertahan dan bertabah mendepani dan menangani setiap amanah dan tugasan yang mendatang..kerana kita hanya rakyat marhaen yang sentiasa menurut perintah.
Terlalu banyak peristiwa yang tak mampu dicatatkan dan diceritakan dalam ruangan ini. Mana yang sempat akan dicatatkan sebagai kenangan yang terindah..mana yang tak sempat tu ada rezeki kita akan bertemu untuk dikongsi bersama cerita-cerita antara kita .
Antara peristiwa -peristiwa yang hampir dilupai ...
  • kehilangan orang2 tersayang
  • kisah bapakku
  • kisah adik-adikku
  • kisah orang2 yang telah ditinggalkan tanpa kasih sayang
  • kisah suka duka ku di Tanah Suci
  • Dunia baru yang akan dihadapi..Durrah....                                                                          semoga semuanya akan tercatat...

selamat malam untuk kali ini...mata tak mampu bertahan 

Wednesday, 13 April 2016

SUKA BILA ORANG LAIN GEMBIRA

Hari ni makan kat kantin...walaupun dah hampir waktu balik ...pukul 12.30....seperti biasa sorang-sorang....jumpa sal kat kantin tapi dia dah habis makan....tapi sempat dia tunggu sebentar nak juga menyembang dengan aku yang makan nasi sepinggan besar berlaukkan masaklemak telur itik dan peria tumis telur...sambil minum kopi o yang tinggal separuh.....hmmm kopi o....teringat dulu-dulu orang tua aje yang gemar minum macam tu....tanpa kusedari...aku dah termasuk dalam golongan itu sebenarnya....TAK SEDAR DIRI LA TU....

Usai makan ...beredar dari kantin dengan santai kerana dah habis kelas waktu tu...tinggal nak mesyuaray panatia seni aje kejap lagi....di tangan ku genggam syiling 30 sen baki bayar makan di kantin tadi.....kalau ada tabung kebajikan dekat2 selalunya masuk dah syiling tu ke dalam...
Ku lihat beberapa orang pelajar petang....rasanya siapa yang patut kuberikan ...tiba2 niat untuk memberi syiling tu terlintas dikepala ku....sambil berjalan...tiada yang kukenali untuk patut diberi...

Sehingga hampir ke bilik guru di depan bilik Penolong Kanan ...duduk gadis kecil ini diwakaf yang disediakan.....seperti biasa..mukanya yang sedih masih terbayang di mataku..sofia...adik soleh ...bekas anak murid ku...tapi aku tak pernah ajar sofia ..tapi aku tahu siapa dia..kenal  mak dan ayahnya...tahu cerita kisah keluarganya....mereka tak bermasalah..keluarganya bermasalah...anak jadi mangsa....dia perempuan ..mungkin belum pandai memprotes bagai...beza dengan soleh abangnya.....

Kuhulurkan syiling tu padanya...dia terkejut tapi ucapan terima kasih keluar dari mulutnya sambil berkata " apa ni cikgu?"..."saje cikgu nak bagi"....aku melangkah pergi ...tak sampai sepuluh langkah aku patah balik kembali mendapatkannya....ku hulur sekeping RM1 lagi.....tak sampai hati 30 sen dia dpt beli apa...seketul kuih pun tak dapat rasanya.....senyum lebar terpancar diwajahnya.....

bekejar aku ke bilik guru...Mesyuarat sebentar lagi.....


Hasil carian imej untuk gambar muka senyumHasil carian imej untuk gambar muka senyumHasil carian imej untuk gambar muka senyumHasil carian imej untuk gambar muka senyumHasil carian imej untuk gambar muka senyumHasil carian imej untuk gambar muka senyum




MENCABAR DIRI SENDIRI.....SELAGI TERDAYA.......SELAGI ALLAH IZINKAN ...SELAGI KUDRAT ADA...YANG DIPINTA AGAR SIHAT SENTIASA .....

Hari ini hari ke 13 bulan April ....hampir  satu pertiga tahun dilalui dalam tahun ini..bersama berbagai-bagai cabaran dan cubaan...serta ujian yang datang dari setiap sudut dan bidang.....

Dalam menempuh kehidupan yang akan menghampiri setengah abad....entah mengapa cabaran datang menggasak dan membadai kehidupan ku....menguji kemampuan dan kebolehan ku....seolah-olah menguji ketahananku menghadapi semua cabaran ini.....seakan menilai setakat mana kekuatan mental dan fizikal ku....

Mungkin selama ini hidupku yang tenang dan selesa...lalai dan leka...mimpi dan berangan ..seolah-olah khayal dalam dunia keseronokan ,,,keselesaan...Allah datangkan cabaran buat ku......

InsyaAllah ...akan kudepani setiap cabaran dan halangan ...berjuang selagi mampu dan terdaya...selagi kudrat dan idea ada.....kerana aku memang pantang di cabar ...pantang mengundur sebelum berjuang ..pantang berkata tidak selagi tidak bertindak.....harapan dan doaku agar usaha dan semangatku mendapat sokongan dan dukungan dari keluarga dan rakan-rakan seperjuangan....jangan diperlecehkan usaha sebelum dengar  kejayaannya...jangan ditawarkan hati sebelum merasai manisnya legasi....jangan ditakut-takutkan sebelum kau hadapi musuh sebenar....MUSUH DALAM SELIMUT...yang umpama API DALAM SEKAM yang selalunya suka GUNTING DALAM LIPATAN...

Usaha dan kerja ini hanya kerana Allah ...untuk melihat anak didik berjaya seperti yang dirancang dan diimpikan semua orang....untuk melihat kelainan setelah sekian lama berada ditahap yang sama....mungkin kecil usaha kita ...tak nampak perbezaannya ..tetapi jika istiqomah...pasti kejayaan akan datang juga....kerana seribu batu perjalanan bermula dari satu langkah yang kecil....

Kerana inilah aku mencabar diriku sendiri....selagi hidup teruslah berbakti ...walaupun tak dipuji.....


aku insan yang sedar diri.......aztey/april2016

Wednesday, 10 February 2016

Akhirnya...berjaya juga aku mendapat bunga-bunga yang berguguran dalam blog aku ni....jangan mudah putus asa...kipidap !
                     




                   



setakat ini untuk hari ini...
Macam-macam cara...
nak cantik



Pernah tak rasa kecewa sangat bila dapat layanan yang macam mempermain-mainkan kita.Lebih-lebih lagi yang melibatkan duit....kalaulah mangsa tu mmg sangat memerlukan ...kecewa sangat-sangat...nak salahkan sistem ke nak salahkan manusia yang mengendalikan sistem....sendiri fikir...


"Kepada yang berkenaan.....
Dengan rasa duka cita saya merakamkan rasa tidak puas hati di atas perkhidmatan pihak tuan ini berdasarkan atas perkara berikut : 
         1. Saya sudah berhenti menjadi pelanggan insuran ini tahun 2010 atas sebab-sebab dari kecuaian dari pihak pengurusan insuran ini juga , iaitu potongan gaji yang dibuat tidak dimasukkan dalam akaun yang betul dan pelbagai perkara lain yang menyukarkan saya.

          2. Baru-baru ini saya telah dihubungi dengan mengatakan ada lebihan wang dalam akaun saya tanpa memaklumkan jumlahnya walaupun diminta atas alasan mereka memerlukan dokumen-dokumen yang telah dinyatakan terlebih dahulu baru boleh membuat semakan .

          3. Dengan bersusah payah saya terpaksa menghantar dokumen yang dikehendaki menggunakan teknologi komunikasi yang canggih ini iaitu e-mail dan seangkatan dengannya kerana saya agak tidak mahir menggunakan dan mengaplikasikan kemudahan ini.Ini terbukti kerana saya terpaksa menghantar email 2 /3 kali sehinggalah pihak insuran tuan dapat menerima dengan jelas dan terang .Terima kasih kepada pegawaiyang dengan baik hati mengajar saya untuk membuatnya dengan menelefon  dan sekali lagi saya tanya jumlah lebihan tersebut.Anggapan saya jika setakat dua tiga puluh sahaja tak perlulah saya memohon lebihan tersebut....saya rela sedekahkan sahaja...masuk dalam wang tidak dituntutpun saya tak kisah ...bukan rezeki saya disitu..

          4. Saya kecewa bukan kerana tidak ada wang lebihan itu , tetapi kecewa ...lemahnya sistem pengurusan yang banyak kerenah birokrasi dan segala macam aturan dan peraturan ini...Mengapa tidak dimaklumkan jumlah lebihan wang terlebih dahulu, jadi terpulanglah kepada pelanggan nak tuntut atau nak sedekah sahaja .Tak kan lah pihak pengurusan tidak tahu pelanggan yang dihubungi mempunyai lebihan atau tidak......

          5. Akhir sekali......bersyukur saya bukan pelanggan syarikat insuran ini lagi....Saya sudah diberi petunjuk rupanya . SEKIAN.
HARAP MAAF DAN TERIMA KASIH ATAS LAYANAN ISTIMEWA INI >>>>Disini saya dapat belajar kecanggihan teknologi!!

Sunday, 7 February 2016


                Gambar kelas Tingkatan 5 Sains 1 Tahun 1984 .....Semuanya kenangan yang tak akan luput dalam ingatan.Tahun itu tahun yang sangat penting....walaupun tidak mendapat kejayaan yang setara dengan rakan-rakan yang lain...namun aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ...Alhamdulillah....

Wednesday, 2 December 2015



 


Hari ini dah masuk 3 Disember 2015 ......beberapa hari lagi...tak sampai sebulan 2016 bakal menjelang.....
Banyak perkara disaat2 akhir tahun ni....banyak urusan yang belum selesai...banyak kerja yang belum sempurna dan pastinya ada azam yang belum tercapai......
Buatlah yang mana termampu...rasa macam nak buat semua ...aku bukan superwoman...rasa nak siapkan segera ...aku lagi tidak berdaya....
Ya Allah ...permudahkan urusan ku .....

Sunday, 3 May 2015

Hari ni 3 MEI 2015......
ALHAMDULILLAH ......masih bernafas di bumi Mu ini , ....masih mampu merasai nikmat kehidupan,masih mampu untuk menilai semua kejadian.....Ya Allah.....aku insan yang lemah.....
Hari ni tugasan aku ialah mengemas rumah.....kemaskan fail2 yang tidak tersusun....selongkar , tapis dan buang.....bayangkan kalau setahun mesti bawa dua tiga fail kertas balik,,,,kalau dah sepuluh tahun ...tak bertimbun jadinya...tersumbat dalam almari...rupa2nya mengisi bahan yang tiada diperlukan lagi....kita bakor aje.....dan akhirnya aku jumpa secebis kertas bercatatan....pastinya aku punya catatan la....siapa lagi yang suka mencurah perasaan di atas sekeping kertas...kalau bukan AKU....
                 " Aku terkedu ...bila pertanyaan itu diajukan kepada ku. Tak ku sangka soalan itu akan keluar dari mulut sigadis manis ini . Rupanya selama ini dia tak dapat menerima aku sebagai rakan seadanya. Aku sedar siapa diriku. Insan yang serba serbinya kekurangan. Mungkin juga sebagai satu peringatan padaku yang lupa dan alpa serta asyik dengan pujian dan sanjungan. Walhal entah macamana umpatan orang terhadapku selama ini .Oh Tuhan , aku sedar segalanya ada hikmah, Berikan aku petunjuk dan hidayahmu ya Allah."

..........dan aku teringat semula peristiwa yang hampir 10 tahun berlalu itu.....dalam kisah ini sebenarnya ia perkara yang agak lucu dan memalukan ...tetapi mungkin aku mudah terasa hati dan rasa sedih yang teramat sangat....aku jadikannya satu peristiwa yang tak akan aku lupakan sampai     bila-bila....Jadi peringatan kepada ku agar tidak mudah percayakan orang dan jangan sentiasa bersangka baik....perlu hati-hati bila berhadapan dengan orang yang kita belum kenal hati budinya.
        Semasa menghadiri satu kursus yang agak lama disebuah resort ,Kami peserta kursus ditempatkan dibilik-bilik yang disediakan,iaitu dua orang peserta satu bilik.Kebetulan setiap sekolah menghantar dua orang peserta, Kebetulan semua sekolah menghantar peserta yang berbangsa Melayu dan mereka memang merancang untuk tinggal sebilik dengan rakan masing-masing.Kebetulan rakan sekolah aku ialah peserta perempuan berbangsa Cina.Mahu tak mahu terpaksa aku tinggal sebilik dengannya.Sebenarnya aku tak kisah hal-hal begini.Sama aje,bukan bangsa penyebabnya kejadian ini....sebabnya kerana aku....
         Semua sedia maklum keadaan aku yang bertubuh sihat walafiat ini....biasanya orang gemuk ni akan berdengkur bila tidur.Akupun begitu juga.Hal ini sangat menyulitkan bagi rakan sebilik aku ini....dia tak boleh tidur kerana dengkuran aku itu.....oleh kerana itu dia sanggup tidur dibilik sebelah berkongsi dengan dua peserta yang lain meninggalkan aku dibilik sendirian.....nasib aku jenis yang berani dan tak kisah tidur sendiri.....sepanjang malam itu aku menangis dan mengenangkan betapa hinanya aku,,,sigemuk yang hodoh dan kuat berdengkur....sembahyang sunat hajat , dan ntah apa-apa sambil menangis disetiap sujud ku....bukan menyesali dosaku tetapi mengenang hinanya aku dimata orang lain.......namun bukan disebabkan hinaan begitu aku nak bermati-matian untuk tak makan ,nak kuruskan badan....aku berfikir dan berfikir dan Allah beri aku petunjuk.....Aku tenangkan hati dan tak mahu fikir benda-benda begini yang boleh melemahkan semangat aku untuk hidup dan bersaing dalam kehidupan ini.....bukan tubuh badan ini , dengkuran ini juga bukan....setiap manusia ada kelemahan...aku terima kelemahan aku...tapi aku akan buktikan aku juga berhak untuk terus hidup bahagia....biarlah dia pandang hina aku , tak mahu rapat dengan aku walaupun satu sekolah, tak pe....aku dah biasa...Allah ada....akhirnya...Patut dia tak kawin lagi....cerewet dan suka memilih...banyak kelebihan yang aku ada dibandingkan dengan dia.....walaupun dia cantik , kurus dan sihat.....
        Pengajaran yang aku dapat...jangan terlalu cepat menilai orang....kita perhati dulu......
Hidup ada tujuan ,matlamat dan wawasan.....nikmati kurniaan Allah , bersyukur dengan nikmat itu....
**************** SEKIAN.........SELAMAT SEMUANYA,*****************


Saturday, 18 April 2015

SABTU MALAM AHAD 19 APRIL 2015 ...

NOSTALGIA MANIS UNTUK MEREKA .

Sepanjang malam aku di depan laptop......MENYIAPKAN INI...TIBA-TIBA TERINGAT....

PERKAHWINAN IKI DAN ATIRAH

PERKAHWINAN NAQIUDDIN DAN NABIHAH

                                                                    DI IPOH....


                                          PERKAHWINAN IWAN DAN ABIRAH


                                           PERKAHWINAN MASTURA DAN AMIERUL


                                         PERKAHWINAN ANGAH AKMA DAN NAZIF

                                         PENGANTIN LAMA ZAHARI DAN MARIAM

                                          MACAM BARU MAD ISA DAN SURIAWATI

                                         ANAK DAN 3 : BAHARUDDIN DAN ROZAINI

                                          TAK PERCAYA : INI KE BINI AKU !

                                           MERAIKAN MEREKA SAHAJA!


                                           DUA PASANG SATU MAJLIS , JIMAT BELANJA
Add caption

Sunday, 11 January 2015

       - Gambar ni di ambil semasa melawat ladang kurma dalam perjalanan nak ke Ja'ranah untuk miqat umrah yang kedua/Ziarah Luar Mekah  - Macam ladang sawit kan...!

Hari ni...Ahad 11/01/2015.......Dah hantar budak kat atas ni ke asrama.....pukul 12.00 pm dari rumah.....singgah mkn bihun sup kat simpang selinsing ...sembahyang di simpang 4 semanggol dan tepat 2.30 ke SMK Kerian......
Pendaftaran asrama dan bayar buku tulis.....pukul 3.45 kami balik tinggalkan dia untuk buat apa2 yang patut...hmmm...dah tingkatan 3 , tahulah apa nak buat dah.....
Selagi tak hantar ke sekolah...asyik melepak dengan segala macam gajet yang ada...dari satu jenis ke jenis yang lain...dari yang kecik ke yang besar....hmmm...salah sapa....dah ada bendanya disediakan.....Tak apa...bagi can.....Lepas ni terpaksa kerja lebih sikit....bakal calon PT3 katakan.....Macam2 nasihat dah bagi...macam2 tip dah terap...tak menjadi juga....kena minum air 7 longkang kut!Sebagai ibu bapa memang besarlah harapan kat dia ni....Tak de sapa lagi....kakak dah lepas....kat dia ni aje harapan ...tak tahu jadi pulau apa nanti....pulau yang subur ke pulau batu karang aje.....sekurang2nya ada guna untuk orang lain juga......
Bila dah tak de budak ni kat rumah....mula rasa sunyi...mula nak cari aktiviti yg boleh nak lupakan semua tu.....rumah dah macam tongkang pecah......kena mula berkemas ni...tapi tak tahu nak mula dari mana....
Kerja sekolah sendiri bukannya siap lagi.....malam ni kena bersilatlah depan buku rekod....buatlah apa2 yang patut.....Relax......pelan2....asal kerja siap!

Saturday, 15 November 2014

Hari ni 15 /11/2014......sebulan lagi kalau diizinkan Allah ,kami akan menjadi tetamu Allah......Madinah dan Mekah.....mengerjakan ibadah umrah buat pertama kalinya.Moga-moga segala urusan kami dipermudahkan hendaknya....juga dikurniakan kesihatan yang baik untuk kami melakukan ibadah dengan sempurna.....Ya Allah  ...perkenankanlah doa kami.....amin!
Sebelum ini banyak hal dan rintangan yang memaksa kami menunda rancangan umrah ini.Mudah-mudahan kali ini kami dapat pergi seperti yang dirancang......