SAHABAT SELAMANYA......
Merekalah sahabat yang berkekalan hingga saat ini ....Masitah Moksin dan Siti Khalijah Rais.
Masitah kawan rapat ku semenjak dari Tingkatan 4 bila aku berpindah dari SMK Bagan Terap ke SMK Sg Besar kerana bertukar aliran Sains.
Kami satu kelas 4 Sains 1 dan kebetulan dapat satu dorm di asrama...Dorm B1.Banyak kenangan suka duka bersamanya. Aku belajar jadi baik dan lembut serta banyak perangai aku yang berubah bila bersahabat dengan dia. Perangai aku yang agak kasar dan mudah marah bertukar jadi lembut bila bersama dengan Masitah yang agak alim berbanding aku....sampai sekarang dia rajin menziarahi aku....
Siti kami kenali bila kami sambung Tingkatan 6 disekolah yang sama . Dia dari SMK Munsyi Abdullah .Tetapi kami semua lain2 kelas ....tapi tetap satu Dorm yang sama.
Siti agak tomboy sikit dan paling aku tak boleh lupa kami tengok perlawanan bola sepak piala dunia di bilik prep asrama....tengah malam dengan izin warden....perkara yang aku tak akan buat sebab tak minat sukan ni....Baca surat khabar pun selak bahagian belakang dulu, ruangan sukan.Dia memang ada gaya atlet....aku jer yang lembik bahagian ni, waktu PJ mesti aku tuang kelas, alasan sakit.....memang betul..aku lari sikit macam nak cabut nyawaku...sampai sekarang....
Masitah dah bersara sekarang , dari Kementerian Pendidikan Bahagian Kewangan asalnya tukar ke bahagian APDM .Siti juga baru bersara tahun ni cukup umur 58 tahun .Aku masih meneruskan usaha mendidik dan mengajar , kerana aku pilih bersara 60 tahun. Walaupun asalnya nak isi borang bersara awal untuk jaga suami,tapi Allah lebih sayangkan dia.
Doa ku ...agar semua sahabat ku dikurniakan rahmat dan perlindungan Allah . Sihat tubuh badan dan bahagia disamping keluarga tercinta.

No comments:
Post a Comment