....seorang wanita bergelar ibu,guru dan kawan yang sedia mendengar dan berkongsi suka duka bersama orang2 di sekeliling.......ingin jadi orang yang hebat namun aku tak sempurna.....ingin jadi superwomen namun aku tak mampu....ingin jadi dermawan namun aku kurang berharta....aku ingin jadi segalanya.....
Wednesday, 13 April 2016
MENCABAR DIRI SENDIRI.....SELAGI TERDAYA.......SELAGI ALLAH IZINKAN ...SELAGI KUDRAT ADA...YANG DIPINTA AGAR SIHAT SENTIASA .....
Hari ini hari ke 13 bulan April ....hampir satu pertiga tahun dilalui dalam tahun ini..bersama berbagai-bagai cabaran dan cubaan...serta ujian yang datang dari setiap sudut dan bidang.....
Dalam menempuh kehidupan yang akan menghampiri setengah abad....entah mengapa cabaran datang menggasak dan membadai kehidupan ku....menguji kemampuan dan kebolehan ku....seolah-olah menguji ketahananku menghadapi semua cabaran ini.....seakan menilai setakat mana kekuatan mental dan fizikal ku....
Mungkin selama ini hidupku yang tenang dan selesa...lalai dan leka...mimpi dan berangan ..seolah-olah khayal dalam dunia keseronokan ,,,keselesaan...Allah datangkan cabaran buat ku......
InsyaAllah ...akan kudepani setiap cabaran dan halangan ...berjuang selagi mampu dan terdaya...selagi kudrat dan idea ada.....kerana aku memang pantang di cabar ...pantang mengundur sebelum berjuang ..pantang berkata tidak selagi tidak bertindak.....harapan dan doaku agar usaha dan semangatku mendapat sokongan dan dukungan dari keluarga dan rakan-rakan seperjuangan....jangan diperlecehkan usaha sebelum dengar kejayaannya...jangan ditawarkan hati sebelum merasai manisnya legasi....jangan ditakut-takutkan sebelum kau hadapi musuh sebenar....MUSUH DALAM SELIMUT...yang umpama API DALAM SEKAM yang selalunya suka GUNTING DALAM LIPATAN...
Usaha dan kerja ini hanya kerana Allah ...untuk melihat anak didik berjaya seperti yang dirancang dan diimpikan semua orang....untuk melihat kelainan setelah sekian lama berada ditahap yang sama....mungkin kecil usaha kita ...tak nampak perbezaannya ..tetapi jika istiqomah...pasti kejayaan akan datang juga....kerana seribu batu perjalanan bermula dari satu langkah yang kecil....
Kerana inilah aku mencabar diriku sendiri....selagi hidup teruslah berbakti ...walaupun tak dipuji.....
aku insan yang sedar diri.......aztey/april2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment