Friday, 15 August 2025


                 SAHABAT SELAMANYA......

Merekalah sahabat yang berkekalan hingga saat ini ....Masitah Moksin dan Siti Khalijah Rais.
Masitah kawan rapat ku semenjak dari Tingkatan 4 bila aku berpindah dari SMK Bagan Terap ke SMK Sg Besar kerana bertukar aliran Sains. 

Kami satu kelas 4 Sains 1 dan kebetulan dapat satu dorm di asrama...Dorm B1.Banyak kenangan suka duka bersamanya. Aku belajar jadi baik dan lembut serta banyak perangai aku yang berubah bila bersahabat dengan dia. Perangai aku yang agak kasar dan mudah marah bertukar jadi lembut bila bersama dengan Masitah yang agak alim berbanding aku....sampai sekarang dia rajin menziarahi aku....
Siti kami kenali bila kami sambung Tingkatan 6 disekolah yang sama . Dia dari SMK Munsyi Abdullah .Tetapi kami semua lain2 kelas ....tapi tetap satu Dorm yang sama.

Siti agak tomboy sikit dan paling aku tak boleh lupa kami tengok perlawanan bola sepak piala dunia di bilik prep asrama....tengah malam dengan izin warden....perkara yang aku tak akan buat sebab tak minat sukan ni....Baca surat khabar pun selak bahagian belakang dulu, ruangan sukan.Dia memang ada gaya atlet....aku jer yang lembik bahagian ni, waktu PJ mesti aku tuang kelas, alasan sakit.....memang betul..aku lari sikit macam nak cabut nyawaku...sampai sekarang....

Masitah dah bersara sekarang , dari Kementerian Pendidikan Bahagian Kewangan asalnya tukar ke bahagian APDM .Siti juga baru bersara tahun ni cukup umur 58 tahun .Aku masih meneruskan usaha mendidik dan mengajar , kerana aku pilih bersara 60 tahun. Walaupun asalnya nak isi borang bersara awal untuk jaga suami,tapi Allah lebih sayangkan dia.

Doa ku ...agar semua sahabat ku dikurniakan rahmat dan perlindungan Allah . Sihat tubuh badan dan bahagia disamping keluarga tercinta.







Hari ni 15 hb Ogos 2025 .....setahun sudah suamiku pergi meninggalkan aku dan anak-anak. Alhamdulillah sempat merasa kehadiran cucu kesayangan semua Fayyaz Dayyan ...semoga abang tenang di sana , tidak perlu menanggung kelelahan dan kesakitan lagi.

Syukur juga Allah masih pelihara dan merahmati kami yang tinggal. Namun kenangan kita bersama tak akan lupa dalam ingatan . Abang tetap dihati kami semua ....




                    GAMBAR KENANGAN SEWAKTU HARI RAYA AIDIL FITRI 2024.

Masa ni abang pun dah tak sihat , Keluar masuk hospital .boleh kata setiap bulan.Masuk darah kerana Hb terlalu rendah . Berat badan menurun kerana tidak selera makan . Jantung abang semakin lemah. 25% sahaja berfungsi , tetapi abang tetap boleh drive , ambik dan hantar Tie ke sekolah. Tiap minggu ajak ke Ipoh dengan alasan opah nak tengok cucu.....

Semua kenangan menyakitkan tetapi ia tetap dalam ingatan....Hidup harus diteruskan , ....Terima kasih kerana selama ini abanglah yang menguruskan hidup Tie....
 

Saturday, 11 April 2020

GAMBAR DI ATAS HANYA SEKADAR HIASAN ....
Hari ni Ahad 12 April 2020 . Setelah sekian kali....baru kali ini berkesempatan untuk mencatat kenangan di daerah sepi yg bersawang ini. maafkan aku... aku tak mampu untuk menangani semuanya....(ewah...mcm busy sangat )
Hari ni minggu terakhir fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan ( 1/4-14/4) dan fasa ketiga disambung 2 minggu lagi 14/4 - 28/4  .
Semua ini berlaku kerana Novel Corona Virus ...Covid 19.(Corona Virus Deasses 2019 )
Semoga hari demi hari wabak ini akan bertambah baik dan tidak berleluasa lagi . Lindungi kami dari wabak ini Ya Allah....lindungi kami....

Wednesday, 22 November 2017

Khamis pkl 2.17 pagi 23 hb November 2017 .
Waktu akhir2 nak penutup bulan , penutup tahun...lambakan kerja menjadikan diri ini tiada masa utk mengintai ke laman usang ini....hmmm baru post yang kedua utk tahun 2017 ini...
Banyak suka duka yang tak tercatat namun masih tersemat dalam ingatan ini....semoga aku ada masa lagi untuk melayari semua ini .
Doa dan harapan
.........semoga hari ini lebih baik dari semalam
dan semoga aku tabah menghadapi semua masalah dan onak ranjau yang mendatang ....

Friday, 27 October 2017

Salam tengah malam 28 Oktober 2017 (Sabtu 12.17 am )
CATATAN YANG TERLEWAT 

Terlalu lama rasanya masa untuk aku kembali bersemangat mencatat dan berinfo melalui blog yang dah bersawang ini.
Bukan merajuk bukan lupa..cuma masa yang tidak mengizinkan untuk aku menjengah sebentar di ruangan ini .Entah kenapa malam ni terdetik untuk mengintai sebentar..walhal jika diikutkan ada banyak lagi kerja yang perlu dibereskan...Semoga aku bertahan dan bertabah mendepani dan menangani setiap amanah dan tugasan yang mendatang..kerana kita hanya rakyat marhaen yang sentiasa menurut perintah.
Terlalu banyak peristiwa yang tak mampu dicatatkan dan diceritakan dalam ruangan ini. Mana yang sempat akan dicatatkan sebagai kenangan yang terindah..mana yang tak sempat tu ada rezeki kita akan bertemu untuk dikongsi bersama cerita-cerita antara kita .
Antara peristiwa -peristiwa yang hampir dilupai ...
  • kehilangan orang2 tersayang
  • kisah bapakku
  • kisah adik-adikku
  • kisah orang2 yang telah ditinggalkan tanpa kasih sayang
  • kisah suka duka ku di Tanah Suci
  • Dunia baru yang akan dihadapi..Durrah....                                                                          semoga semuanya akan tercatat...

selamat malam untuk kali ini...mata tak mampu bertahan 

Wednesday, 13 April 2016

SUKA BILA ORANG LAIN GEMBIRA

Hari ni makan kat kantin...walaupun dah hampir waktu balik ...pukul 12.30....seperti biasa sorang-sorang....jumpa sal kat kantin tapi dia dah habis makan....tapi sempat dia tunggu sebentar nak juga menyembang dengan aku yang makan nasi sepinggan besar berlaukkan masaklemak telur itik dan peria tumis telur...sambil minum kopi o yang tinggal separuh.....hmmm kopi o....teringat dulu-dulu orang tua aje yang gemar minum macam tu....tanpa kusedari...aku dah termasuk dalam golongan itu sebenarnya....TAK SEDAR DIRI LA TU....

Usai makan ...beredar dari kantin dengan santai kerana dah habis kelas waktu tu...tinggal nak mesyuaray panatia seni aje kejap lagi....di tangan ku genggam syiling 30 sen baki bayar makan di kantin tadi.....kalau ada tabung kebajikan dekat2 selalunya masuk dah syiling tu ke dalam...
Ku lihat beberapa orang pelajar petang....rasanya siapa yang patut kuberikan ...tiba2 niat untuk memberi syiling tu terlintas dikepala ku....sambil berjalan...tiada yang kukenali untuk patut diberi...

Sehingga hampir ke bilik guru di depan bilik Penolong Kanan ...duduk gadis kecil ini diwakaf yang disediakan.....seperti biasa..mukanya yang sedih masih terbayang di mataku..sofia...adik soleh ...bekas anak murid ku...tapi aku tak pernah ajar sofia ..tapi aku tahu siapa dia..kenal  mak dan ayahnya...tahu cerita kisah keluarganya....mereka tak bermasalah..keluarganya bermasalah...anak jadi mangsa....dia perempuan ..mungkin belum pandai memprotes bagai...beza dengan soleh abangnya.....

Kuhulurkan syiling tu padanya...dia terkejut tapi ucapan terima kasih keluar dari mulutnya sambil berkata " apa ni cikgu?"..."saje cikgu nak bagi"....aku melangkah pergi ...tak sampai sepuluh langkah aku patah balik kembali mendapatkannya....ku hulur sekeping RM1 lagi.....tak sampai hati 30 sen dia dpt beli apa...seketul kuih pun tak dapat rasanya.....senyum lebar terpancar diwajahnya.....

bekejar aku ke bilik guru...Mesyuarat sebentar lagi.....


Hasil carian imej untuk gambar muka senyumHasil carian imej untuk gambar muka senyumHasil carian imej untuk gambar muka senyumHasil carian imej untuk gambar muka senyumHasil carian imej untuk gambar muka senyumHasil carian imej untuk gambar muka senyum




MENCABAR DIRI SENDIRI.....SELAGI TERDAYA.......SELAGI ALLAH IZINKAN ...SELAGI KUDRAT ADA...YANG DIPINTA AGAR SIHAT SENTIASA .....

Hari ini hari ke 13 bulan April ....hampir  satu pertiga tahun dilalui dalam tahun ini..bersama berbagai-bagai cabaran dan cubaan...serta ujian yang datang dari setiap sudut dan bidang.....

Dalam menempuh kehidupan yang akan menghampiri setengah abad....entah mengapa cabaran datang menggasak dan membadai kehidupan ku....menguji kemampuan dan kebolehan ku....seolah-olah menguji ketahananku menghadapi semua cabaran ini.....seakan menilai setakat mana kekuatan mental dan fizikal ku....

Mungkin selama ini hidupku yang tenang dan selesa...lalai dan leka...mimpi dan berangan ..seolah-olah khayal dalam dunia keseronokan ,,,keselesaan...Allah datangkan cabaran buat ku......

InsyaAllah ...akan kudepani setiap cabaran dan halangan ...berjuang selagi mampu dan terdaya...selagi kudrat dan idea ada.....kerana aku memang pantang di cabar ...pantang mengundur sebelum berjuang ..pantang berkata tidak selagi tidak bertindak.....harapan dan doaku agar usaha dan semangatku mendapat sokongan dan dukungan dari keluarga dan rakan-rakan seperjuangan....jangan diperlecehkan usaha sebelum dengar  kejayaannya...jangan ditawarkan hati sebelum merasai manisnya legasi....jangan ditakut-takutkan sebelum kau hadapi musuh sebenar....MUSUH DALAM SELIMUT...yang umpama API DALAM SEKAM yang selalunya suka GUNTING DALAM LIPATAN...

Usaha dan kerja ini hanya kerana Allah ...untuk melihat anak didik berjaya seperti yang dirancang dan diimpikan semua orang....untuk melihat kelainan setelah sekian lama berada ditahap yang sama....mungkin kecil usaha kita ...tak nampak perbezaannya ..tetapi jika istiqomah...pasti kejayaan akan datang juga....kerana seribu batu perjalanan bermula dari satu langkah yang kecil....

Kerana inilah aku mencabar diriku sendiri....selagi hidup teruslah berbakti ...walaupun tak dipuji.....


aku insan yang sedar diri.......aztey/april2016