~ HIDUP HANYA SEMENTARA ~
Salam sejahtera..Alhamdulillah kerana hari ini kita masih berkesempatan untuk menghirup udara segar di dunia Allah ini....Syukur di atas segala kurniaan yang telah diberikan kepada kita, semoga kita akan lebih bertaqwa ........
Sebagai peringatan kepada diri sendiri...manusia kadang2 terleka dan terlupa apabila berada dalam keadaan senang dan tenang....tetapi apabila Allah kurniakan sedikit kesusahan ,mulalah berkeluh kesah....walhal itu semua adalah peringatan kepada kita agar sentiasa mengingati......kepada pengakhiran sesuatu...MATI....
Buatlah sebanyak mana kebaikan di dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat..kebaikan terutama kepada sesama manusia dan juga makhluk Allah yang lain....Berkasih sayang dengan penuh keikhlasan kerana Allah,berbuat sesuatu kerana Allah tanpa ada maksud tertentu...InsyaAllah bukan sahaja pahala yang kita perolehi malah ketenangan jiwa yang akan ditunjukkan melalui senyuman kepuasan di wajah kita.....bukankah itu lebih baik.......fikirkanlah...
(ingatan kepada diriku yang selalu tidak kisah tentang apa orang lain fikir )
