Tuesday, 18 March 2014

KETENANGAN APABILA MELIHAT BENDA YANG CANTIK
Hari ni teringin nak mencoret lagi......ya lah dah ada keinginan ni,ambillah peluang sebelum penyakit malas menyerang......Di dunia ni...semua orang nak benda yang cantik aje.....nak benda yang come2 aje.....begitu juga aku.....hatta perangai pun kita nak yang cantik juga......nak ke kita berkawan dengan orang yang perangai tak cantik....di mulutnya hanya keluar perkataan2 yang kotor dan caci maki....tentu pada orang yang normal tak akan mahu mendengarnya.......kita akan berasa selamat dan bahagia bila berkawan dengan orang yang baik tutur katanya,bahkan baik budi bahasanya.......tentu hati kita akan sejuk dan aman sekali........walau bagaimanapun cantik di luaran tetapi dalamannya sangat kotor juga perlu dihindarkan...tetapi selalunya keperibadian diri terserlah melalui tutur kata dan budi bicara.......
Selain dari cantik BERSIH juga amat perlu , untuk itu kita mesti selalu RAJIN untuk mengekalkan CANTIK itu........hmmmmm...sebenarnya tengah muhasabah diri....nak rumah cantik tapi tak rajin nak kemaskan dan bersihkan...apalagi...habuk dan sawang pun bersarang.....semua serangga pun turut tertawan sebab dah disediakan rumahnya......kalau dulu alasan kesihatan ...tak larat nak buat...dah sihat ,apa alasannya pulak ye.....Ya RAJIN marilah datang merasuk diriku ini....aku perlukan semangat mu.....NYAHkan MALAS ini dari diriku.....hihihiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..............semangat dah datang....aku belah dulu lah.....nak tidur!!!!!!

No comments:

Post a Comment